Assalamualaikum
Hai semuanya
hari ni aku nak update sikit pasal KODAK.
Korang tahu tak ape tu KODAK
Ala.. kalau zaman dulu-dulu kan kamera pakai Filem,
filem tu la yang bernama Kodak
Sekarang nie orang dah tak ramai guna filem,
sebab dah ade kamera digital
So orang sekarang lebih suka dengan digital berbanding filem punye.
Jadinye KODAK dah nak muflis la dah
wuhuhuhu~
Berikut dipetik dari Berita Harian:
WARISANNYA merentasi 13 dekad dan ia bermegah sebagai syarikat Amerika Syarikat (AS) yang banyak memperkenalkan ciptaan pertama di pasaran, tetapi Eastman Kodak, yang lebih sinonim dengan kamera dan fotografi, berkemungkinan kesuntukan pilihan dan waktu.Kebimbangan terhadap masa depan syarikat itu memuncak Jumaat lalu, selepas ia melantik sebuah firma guaman terkenal dengan kes bankrap, menyebabkan sahamnya jatuh 54 peratus kepada 78 sen sesaham.Sungguhpun Kodak berkata ia tidak berniat memfailkan muflis, hakikatnya ialah sahamnya ditutup di bawah AS$1, manakala permodalan pasaran mengecut kepada kurang AS$300 juta mencadangkan bahawa pelabur berani mati pun akan hilang keyakinan. Gambar mula pudar pada September 2003. Jualan filem dijangka terkubur dan Kodak mengurangkan dividen sebanyak 70 peratus, berharap untuk meraih keanjalan ketika ia meningkat perbelanjaan ke atas pencetak dakwat jet dan komersial, peranti imej perubatan dan sistem digital lain. Ia berhenti melabur dalam filem tradisional. Tahun berikutnya, jutawan Carl Icahn mengakhiri tugasnya yang hanya seketika, tetapi menguntungkan sebagai pemegang saham Kodak, berkata model perniagaan syarikat itu tidak akan berjaya, khususnya sejak ia memerlukan lonjakan sementara sumber pendapatan utama. Pada Januari 2004, syarikat itu berkata ia akan mengurangkan kos dengan mengurangkan pengeluaran, memberhentikan 15,000 kakitangan untuk tempoh tiga tahun. Kodak adalah nama ikonik dalam perniagaan AS. Sejarah syarikat itu bermula pada 1881 dengan penubuhan Eastman Dry Plate Company oleh pencipta George Eastman. Menjelang 1885 beliau memperkenalkan filem fotografi telus pertama. Kamera ‘Kodak’ memasuki pasaran pada 1888, dengan slogan, “Anda tekan butang – kami melakukan selebihnya.” Hampir seabad kemudian – 1981– jualannya mencecah AS$10 bilion. Ia juga adalah peserta awal dalam gerakan kamera digital, dengan Sistem Kamera Digital Profesional pada 1991 yang membolehkan wartawan foto mengambil gambar elektronik dengan kamera dilengkapi pengesan 1.3 megapiksel. Eksekutif veteran di Hewlett Packard, Antonio Perez, menyertai syarikat itu pada 2003 dan menjadi Ketua Eksekutif dua tahun kemudian. Perez bertanggungjawab dalam peralihan Kodak kepada peranti dan perkhidmatan digital, berharap dapat membantu dalam kemerosotan permintaan terhadap filem. Tetapi ada yang mengatakan ia sudah terlambat, kerana pengguna sudah selesa dengan kamera digital, yang membolehkan gambar diambil dengan mudah tanpa filem atau perlu mencetaknya. Hari ini, kebanyakan gambar diambil dengan telefon dan dipertontonkan di Facebook, dan adalah sukar untuk mengingati bila jenama Kodak adalah lebih kuat berbanding laman media sosial. Kebanyakan pengguna iPhone remaja tidak pernah membeli segulung filem seumur hidup mereka!
3 ulasan:
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rindu zaman pkai kodak! huk2..
(ADMIN)
~Nor HasLiza IsmaiL~ @ Kalau rindu jom la gune kodak nak? hahahah~